Friday, 7 December 2012

Kalau rindu , beritahu saja kau rindu , jangan berdalih

Kau RINDU aku ke?



Bukan mudah nak luahkan perasaan rindu pada seseorang kan? Tak kisahlah pada siapa pun. Tapi bagi aku, orang perlu kita rindu setiap hari ialah mak dan ayah kita - (family first). Kau rindu aku ke mak? Kau rindu aku ke ayah? Kenapa tak bagitahu aku? Kenapa asyik banyak miscalled? Kenapa mak/ayah tak ingatkan aku untuk call mereka? 
Pernah suatu hari, aku pergi ke majlis ilmu yang mengkhususkan untuk golongan remaja sahaja (macam program untuk belia jugalah). Memang sangat tersentuh apabila penceramah dekat sana mula mencungkil cara hidup muda-mudi sekarang. (remaja). Antara perkara yang paling menyentuh hati aku ialah;
"Kalau mak atau ayah ada call/sms kita, tandanya kita sudah mula melupakan mereka. Salah satu tanda kita akan menderhaka."
Ya Allah! Tersentap bila aku dengar penceramah tu cakap macam tu. 
Sebagai pelajar kolej, aku tinggal jauh dari rumah, tak dapat dinafikan kadang-kadang kita sibuk dengan urusan lain dengan mengandaikan;
"Takpelah, lain kali jelah aku call mak/ayah aku. Nak siapkan assigment dulu..."
Itu yang selalu aku duga. Kadang-kadang aku sendiri anggap bila mak/ayah miscall  tu perkara biasa. Takde apa-apa yang penting. Bila dah terjadi macam-macam baru nak menyesal call balik - masa tu pulak mak/ayah pulak tak angkat panggilan kita, agaknya macam tu lah mak/ayah aku rasa. Maafkan aku mak ayah. :(
Kali ni aku takkan biarkan handphone aku berdering sebab mak/ayah yang call. Aku ubah sikap. Biarlah jadi pelik sikit. Rasa RINDU SIKIT JE CALL. Sampai mak/ayah boleh pulak cakap kat aku macam ni;
"Kau ni dah kenapa asyik call selalu? Tak puas bergayut ngan mak/ayah meh lah balik rumah ni. (ketawa)"
Apa pun yang mak/ayah aku cakap, aku tak peduli. Bila masa saja aku call, aku akan cakap.

MAK AYAH , I MISS YOU !
MAK AYAH TAK RINDU KAKAK KE ?

p/s: hargai mereka selagi masih ada. :)

2 comments:

  1. Anak mana yang tak sayang mak ayah.. lebih2 mcm Mr.J yang jauh nun di sana.. kalau beli ticket macam beli tiket bus .. tiap hujung minggu i beli.

    Salam Bloggers,
    Mr.J
    http://www.pengeRindu.com

    ReplyDelete
  2. Hmm Mr.J , percayelah ~ family Mr.J pun taknak berjauhan .. huhu

    ReplyDelete