~ Family 5A , 5B , 5C ~
Alkisah kami beraya berkonvoi beramai-ramai setelah tidak bertemu sejak ambil result SPM 2008 dulu (tapi Fatimah, Zubaidah & Adelia aku kadang-kadang masih jumpa juga kat lua). So, berapa lama kitorang tak jumpa? Sila kire sendiri. Jangan malas-malas ye? Banyak rumah kami yang singgah dari pagi sampai ke malam berkonvoi. Cukup kereta, masing-masing boleh drive sendiri. Lagi meriah bile dah sesat kan? Sekarang semua dah pandai nak melawa, bergaya, pandai melaram, no nerd looks anymore. Lelaki lak semuanye macho-macho, segak, smart, handsome (wah aku nak puji siape sebenarnye ni?) Nak bersembang pun dah takde macam skema sangat. Itu yang penting! haha Bukan selalu nak gathering rama-ramai macam ni. Serius aku akan rindukan korang semua. Walaupun kelas lain-lain, tapi kami macam satu family. We're All In This Together!
gambar (belakang); Farhan, Afiq, Kamil
(tengah); Fatimah, Zubaidah, Nurlis, Khairun, Adelia
(bawah); Syahida
bergambar di depan pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh
Bamboo River High School. <3
Beratur nak masuk kelas balik lah ni~Sile pilih anda nak yang mane~hahaha :P
Dari kiri; Aqidah, Khairun, Zubaidah, Dalila, Nurlis, Shazwin, Syahida, Adelia, Fatimah.
Kenangan yang paling terbaik lepas tinggalkan sekolah! Tak kisahlah masing-masing dah pergi dalam bidang apa-pun, semoga berjaya ku doakan kepada kalian okay. Jangan lupekan cikgu-cikgu kita yang pernah bersusah-payah marah sebab nak kita siapkan semua kerja sekolah (mesti ada yang teringat cikgu kegemaran). Kita pernah kene denda same-same. Pernah ponteng sekolah same-same (ade ke?). Kita pernah bergosip same-same. Itu semua aku takkan lupa sebab korang lah kawan-kawan yang terbaik yang pernah aku ada walaupun kita pernah bermasam muka. I take that as a challenge sebab semua orang tak sempurna. Fullstop. Hope sangat-sangat aku akan jumpa semula dengan family 5A, 5B & 5C ni pada masa akan datang. Jangan lupe jemput aku kalau ada yang dah ready nak hidang nasi minyak tau?
WISH YOU GUYS THE BEST OF LUCK NO MATTER WHAT YOU DO! <3
p/s: Aku tengah membayangkan rupa masing-masing lepas 5 tahun pulak. Rasenye antara family kite ni, siape yang kahwin dulu ni? tet~ kite same-same nantikan.
No comments:
Post a Comment