Pendapat saya, jenis-jenis lelaki yang biasanya pempuan cari adalah seperti berikut (mungkin ada di mana-mana blog yang dah tuliskan senarai lelaki yang boleh buat perempuan meluat, tapi entri ni saya tuliskan untuk membalasnya, atau dalam kata lain ; kuatkan hujah bahawa ada sesetengah perempuan yang sukakan sikap-sikap negatif lelaki disebabkan ada KEBAIKANNYA TERSENDIRI.)
1. Tidak Suka Meninggikan Suara.
2. Tidak Suka Mengongkong.
Orang selalunya akan cakap begini ;
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka. Haa macam mana tu?
Pendapat saya ;
Seseorang lelaki itu takkan secara tidak semena-mena bertanyakan sesuatu dengan lebih terperinci kalau dia tak peduli pasal kita - tu cara mereka tunjuk yang mereka sebenarnya care. Kira tersangatlah beruntung kalau lelaki tu selalu tanya khabar, tengah buat apa dan sebagainya, sebab secara jujurnya tak semua lelaki yang tunjukkan yang mereka care - sebolehnya mereka tunjukkan dengan orang tu sendiri atau diam-diam saja. Kita tak boleh tanya lebih-lebih sebab tu hak dia juga. Saya respect orang yang suka mengongkong sebab dia taknak orang lain yang tahu serba-serbi lebih awal daripada dia. Dia nak tahu kesemuanya dulu daripada mulut kita sendiri.
3. Tidak Cemburu Buta
Orang selalunya akan cakap begini ;
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Pendapat saya ;
Lelaki yang kuat cemburu ni lah orang paling penyayang sebabnya orang yang kuat cemburu ni orang yang mudah berterus-terang tentang perasaan.
4. Tidak Panas Baran
Orang selalunya akan cakap begini ;
Masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang?Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawal marah.
Pendapat saya ;
Kalau diikutkan semua orang boleh marah dengan tiba-tiba. Tetapi cara atasi sikap panas baran ni je yang kita kena handle betul-betul. Memang semua orang taknak kan pasangan yang suka marah-marah tapi kalau terlalu menyimpan marah lama-lama nanti bila meletup jadi masalah juga. So, ini bermakna orang yang sesuai dengan orang yang panas baran ni ialah orang yang boleh dibawa berbincang @ mudah mengalah. Setiap masalah ada penyelesaiannya InsyAllah.
5. Bukan Kaki Merokok
Orang selalunya akan cakap begini ;
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
Pendapat saya ;
Ini saya sangat setuju disebabkan saya sendiri ada masalah kesihatan (lelah) yang mana tidak tahan dengan asap rokok. Mula-mula perempuan dapat tahu orang yang dia sayang merokok, tak kisahlah dia kawan je ke, keluarga je ke, atau sesiapa pun, bila mereka cakap macam ni ; "Kalau nak merokok boleh, tapi jangan depan saya." Tapi sebenarnya mereka maksudkan macam ni ; "Tolong berhenti mrokok.". Percayalah, kami semua sayangkan anda wahai kaum Adam. Demi masa depan, berhentilah merokok. :)
6. Tidak Terlalu Ego
Orang selalunya akan cakap begini ;
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Pendapat saya ;
Lelaki yang ego ni kita kena bagi mereka masa untuk berfikir. Sebab lelaki hanya fikir satu-satu benda saja dalam satu masa untuk selesaikan satu masalah. Bila dah serabut sangat, dia cakap A, kita kena ikut A. Kena sabar sangat-sangatlah, berbincang secara baik dan jangan lari daripada masalah.
7. Tidak Suka Menipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
Pendapat saya ;
Perempuan kalau dah sekali ditipu, tak mustahil dia akan membalas dendam. Dia tak balas dendam, tapi dia tetap akan ingat apa yang lelaki tersebut dah buat pada dia. Sebab perempuan ni jenis suka kenang-kenangkan benda yang dah lepas. Perkataan MAAF cukup untuk buatkan perempuan rasa lega tapi kalau kata-kata maaf disalahgunakan, memang cari penyakitlah. Dah minta maaf, tapi tetap berlaku lagi perkara sama. Itu korang fikir-fikir lah sendiri ya?
8. Tidak Main Kayu Tiga
Orang selalunya akan cakap begini ;
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
Pendapat saya ;
Jaga pasangan dengan sebaik mungkin. Tak halang mereka berkawan dengan sesiapa pun tapi janganlah terlalu bagi muka. Kalau dah kantoi selalu sangat tu, takkan lah korang nak bagi peluang berkali-kali, tu namanya dah terlampau menyayangi sampaikan abaikan perasaan sendiri - padahal dalam hati asyik SAKIT HATI dengan perangai lelaki yang suka berpasangan lebih daripada satu (lagi-lagi yang suka kumpul scandal).
9. Memberikan Perhatian Walaupun Sedikit
Orang selalunya akan cakap begini ;
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
Pendapat saya ;
Lelaki yang sibuk macam mana pun kalau dia dah sayangkan seseorang, dia akan tetap cari masa untuk luangkan masa dengan kita (tambah-tambah pulak kalau pasangan kita bekerja @ belajar). Jangan marah pulak kalau dia mencari kita masa kita tengah sibuk dengan kerja lain. Masa tu baru dia tahu macam mana perasaan kita kalau dia mencari kita di saat kita tengah sibuk menelaah pelajaran @ ada agenda lain. Percayalah, pasangan kita selalu ingat kita. Cukuplah sekadah reminding "take care", "jangan lupa makan". Text sikit-sikit pun takpe sebab dia akan tetap baca.
10. Tidak Terlalu Komited Dengan Kerjaya
Orang selalunya akan cakap begini ;
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa.
Pendapat saya ;
Orang yang pentingkan kerja ni orang yang sangat serius. Kalau dia dah fokus dengan satu kerja, dia akan buat sampai habis, selagi tak siapkan, dia takkan tidur lena. Saya sangat respect orang macam ni sebab mengingatkan pada ayah saya juga. Sesibuk mana pun dia, nanti dia akan tetap spent time sama-sama dengan family dan anak-anak selepas itu. Lepas dah siap semua kerja, baru dia akan fokus dengan kita balik. Be positive. :)
11. Tidak Pentingkan Kawan-kawan Sendiri Saja
Orang selalunya akan cakap begini ;
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula. Sebenarnya banyak kes pergolakan @ konflik rumahtangga yang terjadi disebabkan oleh perkara ini.
Pendapat saya ;
Itu cara dia setel masalah tension kerja dan sebagainya dengan kawan-kawan. Mana mungkin dia akan mengadap kita je hari-hari cakap benda yang sama. Perkara ni selalunya terjadi pada pasangan yang mempunyai minat yang berbeza. Bagi saya, ini bagus sebab masing-masing boleh merapatkan hubungan untuk kenal dunia masing-masing. Memang ambil masa untuk adapt tapi tak salahkan sekali-sekala kita ikut pasangan kita, lihat sendiri bagaimana puasnya dia menghabiskan masa dengan rakan-rakannya. Kita tak boleh halang minat dia selagi ianya tak menganggu hubungan anda. Sebab lelaki biasanya lebih banyak cakap bila jumpa kawan-kawan (Walaupun tak setel masalah, tapi bila lepak-lepak tu dah jadi kebiasaan, kita tak boleh halang.)